Tidak semudah sentuhan mata..

Tidak semudah sentuhan mata dan tidak seringan luahan kata. Kesudahan perjalanan bermula di sini. Ujian akhir yang begitu getir. Saat berpisah antara roh dan jasad yang amt dahsyat.

Hidup di dunia akan b'akhir dengan proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita berpindah dari alam rahim ke alam dunia, maka kematian pula adalah proses yang membawa kita berpindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama. Ia adalah satu proses yang mesti kita lalui sebelum berpindah ke alam selepas daripada alam sebelum nya.

"Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghdapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular dari kain kapan!"

Sahabat,

Perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan. Sepertimana kita belajar untuk hidup, kita juga perlu belajar bagaimana untuk menghadapi kematian. Apabila kita sanggup datang (ke dunia) maka kita juga mesti sanggup pulang (ke akhirat). Di dalam Islam, kita tidak di suruh untuk takutkan mati. Sebaliknya kita di sarankn untuk selalu mengingati mati.

Demikian itu adalah anjuran Rasulullah SAW dalam banyak hadisnya. Antaranya, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Perbanyakkanlah mengingati penghapus kelazatan dunia (mati). " [HR al-Tirmizi] .

So, first thing first! yang utama daripada yang utama. Tentukan agar cara mati kita baik (husnul khatimah).

Imam al-Ghazali mengesahkan dengan katanya, "Cara mati seseorang ditentukan oleh cara hidupnya. Manakala cara hidup di tentukan oleh tujuan hidup kita!"

Maka tentukanlah tujuan hidup kita dengan bertanya pada diri, {Untuk apa aku mati? Benarlah seperti yang di ungkapkan}. Hakikatnya, "Orang yang tidak pasti untuk apa mati, tidak layak untuk hidup!". Oleh itu, MATI bukanlah satu p'akhiran, tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia petanda awl... Sama ada akan bahagia atau derita selamanya.

Cuba jawab teka-teki di bawah:

'Orang yang membuatnya tidak mahu memakai. Orang yang membelinya pun tidak mahu memakai. Anehnya, orang yang memakaikannya tidak sedar yang dia memakainya. Apakah benda itu?'
Sudah tentu para pembaca lebih arif mengenai jawapan bagi teka-teki ini. Ya, 'kain kafan' lah jawapannya.

Ironinya, semua yang pasti berksempatan menjadi pemakainya seolah-olah tidak ingin memakainya. Benarlah seperti kata Imam al-Ghazali, "Aku hairan melihat orang ketawa padahal mungkin kain kafannya sedang disediakan..."


Wallahua'lam.