[+] vs [-]

.:: Iman manusia itu sering bertambah dan berkurang ::.

Andai diri cuba mendekati kemungkaran mana mungkin bisa bertambah iman itu, apatah lagi mahu merasai nikmat iman yang sebenar..!



Semakinku cuba menapak, semakin kuat di landa ombak.
Semakinku cuba mendekati, semakin banyak pula duri yang melekati.

Aduh!

Bukanku tidak mahu berubah dari kejahilan yang lampau!
Cuma aku butuh waktu untuk mengenali diri ini.
Aku sedar akan kebodohan dan kesombongan diri ini.
Mungkin dek kerana kemungkaran yang seringku lakukan membuatkan diri ini sukar untuk menerima kebaikan.

Benar!

Aku begitu cemburu melihat orang yang mampu berQiamullail setiap malam,
Aku cemburu melihat orang yang begitu dekat dengan Robbul Jalil,
Aku cemburu dengan orang yang sering membuat kebajikan dan amal soleh,
Aku cemburu dengan orang yang mampu menginfaqkan hartanya ke jalan-jalan kebaikan,
Aku cemburu dengan orang yang mampu menyampaikan ilmu dengan begitu terkesan di hati manusia hingga mampu membuatkan orang lain turut berubah.




Sungguh!

Aku mahu menjadi seperti mereka..
Bimbinglah aku wahai teman..
Jangan biarkan diri ini terus hanyut..
Pimpinlah tanganku untuk menuju redhaNya..

Aku insan lemah..

Andai aku silap, pandanglah kesilapanku dek kerana kejahilanku.
Andai aku lemah, kirimkanlah doa untukku agar ku terus gagah melangkah mencari redhaNya..

~bingkisan hati dari KALAMMUSLIM~

No comments:

Post a Comment